Friday, February 22, 2013

Pelancaran Program NILAM 2013

25 Feb 2013 - Pelancaran program NILAM peringkat SK Serom 3 telah dilancarkan pada hari ini oleh GPK 1 Pn Khalijah Bt Hamzah bertempat di dewan sekolah. Program NILAM adalah bertujuan untuk menggalakkan minat suka membaca dikalangan murid-murid. Beberapa orang murid telah membuat persembahan seperti bercerita dan bersajak sempena hari pelancaran ini. Turut diadakan tayangan video yang bertemakan marilah membaca.

Wednesday, January 9, 2013

Pemantauan Bersepadu PKG


9 Jan 2013 - SK Serom 3 telah menerima kunjungan pegawai PKG Serom 3 yang membuat pemantauan bersepadu sesi awal persekolahan 2013. Antara perkara yang dipantau ialah pelaksanaan dasar MBMMBI, EduwebTV,  Infrastruktur ICT sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan pembestarian sekolah.

Wednesday, February 15, 2012

Pelancaran Nilam 2012

15 Feb 2012 - Pelancaran program NILAM peringkat SK Serom 3 telah berlangsung pada hari ini bertempat di dewan sekolah. Pelancaran disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Shamsudin Bin Sarip. Program ini bertujuan menggalakkan murid membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa pelancaran program ialah persembahan sajak dan juga bercerita oleh murid tahun lima. Hadiah untuk pembaca terbanyak bulan januari turut berikan kepada murid tahap satu dan dua.

Monday, March 21, 2011

Pelancaran NILAM 2011


21 Mac 2011 - Majlis pelancaran Program Nilam 2011 SK Serom 3 telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Adib bin Ibrahim diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan 1 Pn Hjh Halimah Bt Abd Rahman. Murid ditayangkan dengan persembahan multimedia tentang program NILAM. Turut di sampaikan hadiah kepada dua orang murid yang berjaya membaca paling banyak buku bermula bulan Januari hingga Februari. Murid tersebut ialah Mohd Firdaus Bin Zaidi dari 3 Al Farabi dan Maizatul Husna Bt Saipudin tahun 6 al Farabi. Antara objektif program ini ialah untuk menggalakkan murid-murid membaca bagi menambah ilmu pengetahuan.

Friday, November 9, 2007

Jamuan Akhir Tahun Pustakawan

GPK 1 Pn Hjh Halimah Abdul Rahman sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada para pustakawan SK Serom 3 yang telah menjalankan tugas dengan baik.
En Shamsudin Bin Yasin GPK Kokurikulum sedang menyampaikan ucapannya dalam majlis Jamuan Akhir Tahun Para Pustakawan Sk Serom 3.


Tuesday, August 28, 2007